Hampir setiap tahun wabak demam denggi dilaporkan melanda Malaysia seolah-olah masalah ini tidak mampu diselesaikan. Pelbagai kempen kesedaran dan penerangan tentang bahaya denggi dan nyamuk aedes dijalankan, namun ia seperti mencurah air ke daun keladi. Apakah kempen kesedaran tidak meninggalkan bekas di hati dan minda masyarakat atau kempen itu sendiri yang gagal adalah dua perkara yang perlu dipersoalkan. Hakikatnya, saban tahun negara akan dikejutkan dengan kematian disebabkan denggi. Kita masih lagi dikejutkan dengan berita pemergian allahyarham pelakon dan pelawak terkenal tanahair Din Beramboi baru-baru ini disebabkan oleh denggi. Kita juga tentu masih tidak dapat melupakan laporan kematian kanak-kanak dan orang dewasa pada pertengahan 2009 disebabkan oleh masalah yang sama.
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa. Nyamuk aedes boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki.Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu Aedes aegypti mempunyai tanda atau tompok putih-perak di kepala yang terbang di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah manakala Aedes albopictus menunjukkan terdapat garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan, lebih gemar berada di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Kedua-dua jenis nyamuk ini mempunyai persamaan melalui tabiat bertelurnya iaitu lebih gemar bertelur di dalam bekas yang menakung air. Demam denggi berpunca dari nyamuk Aedes betina yang telah dijangkiti dan membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
sumber :majalahsains.com
www.veccont.com
Gunalah produk yang selamat, efektif dan mesra alam
Sunday, June 12, 2011
Thursday, March 3, 2011
Monday, February 21, 2011
Sunday, February 20, 2011
Saturday, February 19, 2011
statistik
Sebanyak 2,688 kes denggi telah dilaporkan di seluruh negara setakat 10 Februari tahun ini dengan enam kematian berbanding dengan sebanyak 5,848 kes dengan 20 kematian dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Statistik ini didedahkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Rosnah Abdul Rashid Shirlin semasa berucap merasmikan Program Gotong Royong Perdana dengan tema ‘Jom Ganyang Aedes di Kampung Pengalat Besar dan Kampung Sekayang Papar di sini baru-baru ini.
Rosnah menegaskan bahawa kerajaan telah mengambil pelbagai langkah pro-aktif bagi menghapuskan nyamuk Aedes serta mengurangkan insiden jangkitan demam denggi, melalui pelaksanaan aktiviti pencegahan seperti gotong royong secara berterusan, di dalam meningkatkan pengetahuan serta kesedaran bahaya demam denggi kepada awam.
berita selanjutnya :
http://komunitikini.com/sabah/kota-kinabalu/2688-kes-denggi-dilaporkan-setakat-februari/

Subscribe to:
Posts (Atom)